Rai Hari Jadi, Justin Bieber Cium Selena Gomez Sepanjang Malam

..

Semua orang tahu pasangan kekasih ini memang di ibarat macam belangkas. Asalkan kalau tampil berdua, penyanyi remaja sensasi Justin Bieber dan Selena Gomez sentiasa kelihatan berkepit walau dimana jua mereka berada.

Satu yang pasti, Justin Bieber memang dah tak pandang orang lain dah selain buah hati nan sorang tu. Buktinya sewaktu di parti kejutan dari pengurusnya Scooter Braun dan ibunya Patti Mallette sempena hari jadinya yang ke-18 (jatuh pada 1 Mac lalu), hitmaker Baby ni dikatakan tak lepas-lepas berpengang tangan dengan Selena.

Sementara Selena, walaupun sibuk dengan penggambaran filem Spring Breakers di Florida, namun aktres cantik itu sanggup ambil cuti dan terbang ke Los Angeles demi meraikan hari jadi teman lelakinya itu.

Majlis yang diadakan di Hotel Beverly Hills, California itu turut dihadiri rakan selebriti popular antaranya, bintang Disney Ashley Tisdale dan Cody Simpson, personaliti Kim Kardashian, Kylie Jenner dan Kendall Jenner juga bekas peninju terkenal, Mike Tyson. Selain, orang yang dikira penting dalam hidup Justin iaitu datuk dan neneknya serta beberapa teman baiknya yang datang dari Kanada.

..

Dan bila Selena Gomez tetap jadi hadiah hari jadi paling mahalnya, sepanjang malam tu Bieber tak berapa nak layan tetamu-tetamunya sebab tumpuan diberikan sepenuh pada Selena. Senang cakap, dia lebih layan 'mabuknya' dengan cinta Selena.

Menurut sumber, Sepanjang masa dia (Bieber) dengan Selena, berjalan sambil berpegangan tangan dan kejap-kejap dia cium Selena.

Walaupun Justin menerima kejutan, sebuah kereta Fisker Karma dari mentornya, Usher beberapa hari! sebelum tu. Difahamkan kereta sport eco-friendly tu bernilai 102 000 USD. Ternyata aktres dan juga penyanyi yang popular dengan lagu Love You Like a love Song ni, lebih dari segalanya buat Bieber. Untunglah

- mD