Top Stories
.
Selena Gomez digam oleh laman sosial popular Facebook. Walau bagaimanapun Selena Gomez yang dimaksudkan bukanlah selebriti remaja popular aka kekasih Justin Bieber. Tetapi, seorang gadis berusia 18 tahun yang berasal dari New Mexico.
Gara-gara mempunyai nama sama dengan penyanyi-pelakon itu, telah menyebabkan gadis yang nama penuhnya Selena Miranda Gomez ini, tidak dibenarkan mempunyai akaun Facebook.
Semuanya berlaku apabila pada Rabu lalu, ketika gadis tersebut mahu mendaftar masuk ke akaunnya, sejurus itu dia diberitahu yang akaunnya tidak 'diluluskan' kerana kononnya dia telah melanggar pertaturan Facebook iaitu meniru identiti orang lain.
Selena Miranda Gomez
"Saya tidak menyamar. Nama saya bukan nama dia. Malah nama tengah saya yang tertera di Facebook jelas menunjukkan tak akan ada berlaku sebarang kekeliruan," kata Selena Gomez dengan nada kecewa dan berang seperti mana yang dipetik dari laporan TMZ.
"Saya tidak menyamar. Saya langsung tidak mempunyai kawan yang popular. Saya juga tidak mendakwa diri saya sebagai Selena yang popular, dan saya tidak mempunyai satu pun gambarnya pada halaman saya!", katanya lagi sekaligus menyifatkan tindakan Facebook sebagai tidak adil.
Selena juga berkata dia telah berusaha untuk mengaktifkan semula akaunnya, namun masih gagal.
Dalam pada itu, wakil Facebook enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
- mD